Thursday, July 28, 2011

Biskut Raya ke Seberang Laut China Selatan Jer..


Tempahan 1 bekas Almond London dan 1 bekas Tat Nenas Gulung kali ini jauh terbangnya. Nun ke Miri, Sarawak. Ratina namanya. Dah siap packing baru sedar gambar tak snap. Ambil jer yang dah siap di packing. Saya balut dengan bubble wrapped. Tak berani sebenarnya nak poskan biskut sampai ke seberang laut walau Laut China Selatan, tapi Ratina tetap nak cuba. Kepada Ratina, sila maklumkan pada saya keadaan biskut tu nanti yer...

sms dari Ratina 3:01pm 29/07/2011 : Salam kak. baru jer smpi biskut tu. nampaknya tat nenas tak boleh masuk sarawak (betul cakap akak sampai rumah ada yang dah hampir jadi tepung, agaknya mabuk dalam cargo tu) takpelah untuk makan sendiri je. almond london kalau hantar gi london pun gerenti gud condition. apa2 pun kedua2nya sedap.

0 comments:

Post a Comment