Friday, July 29, 2011

Kek Coklat


Kek Coklat ni order dari opismate gak. En. Mat @ Amat Onggak. Dia sebenarnya OKU, cacat penglihatan dan bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan kat opis ni. Sebenarnya dari minggu lepas order dibuat tapi baru malam tadi berkesempatan. Sorry banyak2. Sambil layan bola kat TV tangan pun bekerja gak... Kek ni memang sesuai untuk sesiapa yang tak suka manis2 coz rasa manisnya sederhana jer. Topping saya letak Coklat Ganache dan sedikit taburan Almond Nib. Kekononnya kat ruang kosong tu nak buat 2@3 kuntum roses tapi nozzle menyorok entah ke mana. Sila klik picture untuk lebih jelas...


Thursday, July 28, 2011

Biskut Raya ke Seberang Laut China Selatan Jer..


Tempahan 1 bekas Almond London dan 1 bekas Tat Nenas Gulung kali ini jauh terbangnya. Nun ke Miri, Sarawak. Ratina namanya. Dah siap packing baru sedar gambar tak snap. Ambil jer yang dah siap di packing. Saya balut dengan bubble wrapped. Tak berani sebenarnya nak poskan biskut sampai ke seberang laut walau Laut China Selatan, tapi Ratina tetap nak cuba. Kepada Ratina, sila maklumkan pada saya keadaan biskut tu nanti yer...

sms dari Ratina 3:01pm 29/07/2011 : Salam kak. baru jer smpi biskut tu. nampaknya tat nenas tak boleh masuk sarawak (betul cakap akak sampai rumah ada yang dah hampir jadi tepung, agaknya mabuk dalam cargo tu) takpelah untuk makan sendiri je. almond london kalau hantar gi london pun gerenti gud condition. apa2 pun kedua2nya sedap.

Tempahan Biskut Raya


Tempahan 1 bekas Almond London, 2 bekas Tat Nenas Gulung dan 2 bekas Samperit dari Rina, opismate yang akan dibawa pulang ke Terengganu Jumaat ni. ni nak bagi kat mak mertua katanya. Dalam gambar hanya ada 1 jer samperit coz 1 bekas petang baru sempat hantar. Sampai ada yang tanya tak buat coklat lagi ke. Sebenarnya coklat masih lagi on cuma mood beraya dari customer tu yang keluar gambar biskut je sekarang ni. Terima kasih Rina...

Tempahan Muffin


Ni muffin vanilla dan muffin choc chip 50 pcs tempahan dari Ira, Putrajaya. Dalam perjalanan menghantar muffin ni hujan turun selebat-lebatnya tapi disebabkan dah berjanji kuredah jer la.. Alhamdulillah, Ira suka dengan muffin ni. Kepada yang ingin menempah untuk dibawa ke surau untuk moreh boleh call/sms 012-6409523. Kepada Ira terima kasih and sorry gak lambat benau upload gambar...

Saturday, July 23, 2011

Tempahan Biskut Raya - Almond London

Blog coklat telah bertukar menjadi blog biskut raya lak.. Tapi semestinya masih berasaskan coklat. Tempahan kali Almond London ke-3 dari opismate, Kak Lia untuk makan2. Katanya tak sampai 2 hari dah habis... Nampaknya Kak Lia kena order lagi la... Thanks Kak Lia.

Wednesday, July 20, 2011

Tempahan Set Oreo dan Lolychoc


Ini merupakan produk baru di Chocolattehouse. Set Oreo 12pcs ditempah oleh Mazz dari Royal College Madicine, Ipoh. Set ni untuk teman2 tersayang iaitu Jai, Qis, Syra, Aesya. Dah selamat pun dimakan oleh adik2 ni...

Dalam brown paper tu 10 pcs teddy bear lolychoc yg juga ditempah oleh Mazz...Thanks ye adik2 manis... lain kali boleh order lagi...




Cheese Brownies....


Cheese Brownies untuk potluck kat opis 18 Julai 2011 sempena menyambut kedatangan Ramadhan. Cuma lapisan cheese tu yg tak berapa nak cantik, almaklumlah dah mengantuk sangat. Brownies ni dikukus bukan dibakar. Alhamdulillah, ramai yang suka dan ada yang menempah untuk raya nanti.

Tuesday, July 19, 2011

Tempahan Muffin dan Oreo Truffle



Tempahan 30pcs muffin (vanilla & choc chip) dan set oreo truffel daripada Asra, Putrajaya. Terima kasih Asra kerana sudi order dengan Chocolattehouse....

Tempahan Muffin



Tempahan 3opcs vanilla muffin dan 30pcs choc chip muffin dari jiran seblok untuk makan2. Order pun hanya dibuat dalam lif. Untuk vanilla muffin saya taburkan kepingan badam bagi menarik minat anak2 akak tu makan. Choc chip muffin dah pastinya tarikan utama kanak-kanak. Thanks buat kakak tu yang tak sempat nak tanya nama...

Tempahan Tat Nenas


Tempahan minggu lepas, baru nak upload minggu ni... Mencari ke mana hilangnya pendrive yang tak dapat dikesan. Semua gambar tempahan dan kelas pertama homemade coklat ada dalam pendrive tu... Takper la, mungkin rezeki....

Thanks to Anna dari Putrajaya yang sudi belajar coklat dengan Chocolattehouse..... Maaflah tak dapat nak upload gambar ;(

Tat nenas sebanyak 9 bekas diorder oleh officemate saya untuk makan2. Tak sangka laku gak tat nenas ni sebelum raya. Hanya sempat snap 1 bekas jer tat nenas coz yang lain dah diambil oleh empunya. Untuk officemate2 yang menempah tat nenas, terima kasih banyak2...

Monday, July 11, 2011

Corak Baru Coklat Oreo

Kepada penggemar coklat semua, di Chocolattehouse lebih banyak pilihan corak bagi coklat oreo...
Lots of Love Cookie Mold
Lots of Love
Graduation-Cap Cookie Mold
Graduation

Thank You Cookie Mold
Thank You

Love Cookie Mold
Love

Bride & Groom Cookie Mold
Bride & Groom


Baby Blocks Cookie Mold
Baby Blocks

Teacher Appreciation Cookie Mold
Teacher Appreciation