Monday, April 23, 2012

Kenapa harga kek homemade mahal....

Antara bahan yang saya gunakan untuk kek/pavlova...

Ada kalanya customer saya akan bertanya kenapa harga kek saya mahal, lebih baik beli ngan Secret Recipe kalau camtu.... It's ok.. Anda sebagai pelanggan memang layak memilih sama ada mahu order kek dengan saya atau tidak... Sebelum tu, kita kena faham, produk homemade tidak dibuat secara mass production, di mana sekali buat mungkin berpuluh2 biji kek and barang basah yang dibeli adalah secara pukal. Tapi berlainan dengan homemade, sekali bakar oven saya hanya muat untuk 2 buah loyang 8". Barang basah seperti cream cheese, butter, buttermilk, whipping cream dll perlu dibeli apabila ada tempahan sahaja. Stok bahan basah paling lama saya simpan untuk 2 minggu. Lebih daripada tu mmg rakan2 opis la yang akan merasa hasil tangan saya.

Insyaallah, kek homemade saya iaitu Red Velvet, Pavlova dan Devil Food Chocolate Cake tidak akan mengecewakan anda.


0 comments:

Post a Comment