Tuesday, December 4, 2012

Penangan Durian Crepe

Alhamdulillah, penangan DC membuatkan saya tak tido malam. Kalau tidur pun setakat 2 jam, pastu bersengkang mata sampai ke pagi untuk menyiapkan order dari customer. Nasib la tak mengantuk mas kat opis. Kalau tak abis la.... Bermula dari minggu lepas minimum order yang diterima adalah 20 pack sehari. Bukannya senang n ak buat DC ni. Kena siapkan custard cream, disejukkan baru adunkan dengan fresh cream. Sejukkan. Pastu, aktiviti goyang inul la pulak. Heh... hehhh... Aktiviti membuat crepe sebenarnya. Bukan setakat lenguh kaki, satu badan rasa macam nak tercabut. Penat wooo berdiri.

Paling best masa melipat crepe. Cuma kena berhati-hati supaya kulit crepe tidak koyak. Isi durian saya gunakan yang fresh sahaja. 


Komen dari customer; membuatkan hati saya kembang berbunga-bunga.... Ramai yang gemarkan gabungan krim yang tidak memuakkan, di samping isi durian segar dan kulit crepe yang nipis bukannya tebal bak kuih ketayap.

Gambar DC memang tak sempat nak disnap. Meh la order. Memang tak menyesal punyalah.

Hubungi Aida - 0126409523. Pickup di Fasa 11, Presint 9 atau kawasan berhampiran/ Blok C6 (office hour). Penghantaran hanya akan dibuat jika pesanan anda 10 pack ke atas.


0 comments:

Post a Comment