Monday, February 28, 2011

Tempahan Pelbagai : Nadia

Alhamdulillah. Tempahan diterima dari Nadia, Subang. Nadia order 80 set coklat praline (1pcs) dan 80pcs muffin. Tema pink tapi sayangnya pembalut muffin warna pink dah habis jadinya saya ambillah warna biru..kontra warnanya..Apa pun, terima kasih byk2 buat Nadia dan mudah2an berpuas hati dgn coklat dan muffin ini..

Tempahan Coklat : Mia

Tempahan kali ini pulak saya terima dari Mia. Ada 3 set kesemuanya tapi lupa nak snap utk set yang ke-3. Buat Mia terima kasih byk2 ye dan saya mohon maaf atas apa yang berlaku..


Tempahan Pelbagai

Alhamdulillah...

2 set oreo truffle ini telah ditempah oleh officemate saya utk makan2..Emm, semuanya dah selamat pun..apa pun time kasih byk2 ya kawan2 ..


1kg vanila marble sponge cake + spiderman image ini pulak ditempah oleh Kak Tini, juga kawan sepejabat saya sempena birthday Anwar yang ke-6 dan telah disambut di tadikanya. Buat akak terima kasih banyak2 ya sebab selalu support saya..next time, jgn segan2 nak order lagi tau :D

Tempahan Coklat : Azie

9 pcs coklat praline ini ditempah oleh Azie, Putrajaya khas untuk tunang tercinta di Melaka. Buat Azie terima kasih byk2 ye...

Sunday, February 20, 2011

Tempahan Cake : Zamila

Alhamdulillah, tempahan 1/2 kg blueberry cheesecake ini saya terima daripada Zamila, Putrajaya khas sempena birthday anaknya. Pening kepala tak tau nak deco macam mana..besenya kalo blueberry cheesecake ne saya susun strawberry aje atasnya tapi kali ini saya tengok ada patung2 pemain bola yang saya beli tempohari masih ada, jadinya gunakan ajelah apa yang ada. Hopefully, Zamila berpuas hati dengan kek ini dan terima kasih ye mila...lain kali order lagi tau..hehehe

Saturday, February 19, 2011

Tempahan Cupcakes : Min

Alhamdulillah. Tempahan ini saya terima dari Min, Putrajaya. Min request 25 pcs cupcakes, 16 utk dibuat hantaran manakala bakinya utk makan2 dan 1/2 kg blueberry cheesecake. Penghantaran telah pun dilakukan siang tadi, mudah2an selamatlah sampai ke JB. Buat Min, harap berpuas hati dengan cakes ini ye...

Tempahan Muffin : Mizz

Alhamdulillah, ini pula repeat order dari Mizz..100 pcs muffin coklat dan 50pcs muffin vanila. Penghantaran telah pun dilakukan dan mudah2an Mizz berpuas hati dengan muffin ini. Tq very much for your support & next time boleh la order lagi ye ;-)

Tempahan Cake : Nurul

Tempahan vanila sponge cake dan 2 bekas muffin coklat dan vanila saya terima dari Nurul, kawan seforum saya sempena birthday anaknya yang ke 6 untuk dibawa ke sekolah. Alhamdulillah, semuanya dah pun selamat. Buat Nurul terima kasih banyak2 ye dan harap berpuas hati dengan kek2 tersebut dan maaf kalo ada terkurang rasanya ye...

Tempahan Cupcake

Haih dah jadi carca-merba blog nie..lantaklah ye hihihi~Oklah, cupcakes ini pula ditempah oleh bos saya untuk majlis makan2 kat opis. Simple sangat rupanya, utk cakesnya saya buat vanila cake..Alhamdulillah semunya dah selamat jalan dah pun..hehehe

Tempahan Truffle : Mariam

Tempahan truffle ini pula saya terima daripada Mariam, Semenyih. Alhamdulillah, Mariam kata sedap truffle ini. Apa pun terima kasih Mariam, I'Allah nanti bolehlah order lagi ye...hehehe

Tempahan Coklat : Husna

Haih, bersawang habis blog saya nie...lately, mood nak update mmg takde huhuhu~

Oklah, tempahan coklat ini saya terima dari Husna khas utk tunang tersayang. Tq Husna for your support & sorry utk masalah yg timbul. Saya lupa nak snap kandungan box ini. Apa yang saya ingat ada 6 pcs coklat oreo kot (serius lupa)..

Thursday, February 3, 2011

Tempahan Coklat : Linot

Tempahan seterusnya saya terima dari teman seforum saya, Linot, Kajang. Linot request 2 set coklat praline (35 pcs), pelbagai bentuk, warna dan inti untuk dijadikan sebagai hantaran adik iparnya dan 1 set (12 pcs) coklat praline utk makan2. Semuanya juga dah bergerak ke Kelantan, tak surelah dah sampai ke belum ke destinasi. Buat Linot, thanks a lot ya..harap puas hati dan next time jgn lupa order lagi (hehehe!)

Tempahan Coklat : Mus

Tempahan 1 set coklat praline (25pcs) saya terima dari Mus, Putrajaya (my bff) untuk dijadikan sebagai hantaran perkhawinan adiknya dan 15pcs blueberry cheesetart juga untuk dijadikan sebagai hantaran, dan kesemuanya dah pun selamat sampai ke Kelantan. Buat Mus, terima kasih banyak2 tau, harap sgt beliau berpuas hati dengan coklat ini dan next time order lagi tau....


Tempahan Coklat : Zamila

Alhamdulillah. Tempahan kali ini saya terima daripada Zamila, Putrajaya. 1 set (12pcs) coklat praline pelbagai bentuk (warna-warni), 1 set coklat truffle dan 15pcs lilochoc. Kesemuanya untuk dibawa balik ke Kelantan utk dihadiahkan kepada kakak beliau dah selebihnya utk anak2 buahnya. Kalo ikutkan Zamila dah pun selamat sampai ke Kelantan rasanya tu...hehehe~Buat Zamila, terima kasih banyak2 for your support, next time order lagi tau ;-)