Monday, December 31, 2012

Sedikit Pengumuman Untuk Bride n Groom ;)



Hi semua. Dah lama rasanya tak up date blog ni. Ada banyak picca order yang nak di publishkan tapi belum berkesempatan lagi.... 

Ada yang bertanya kepada saya tentang promosi Coklat Oreo. Adakah tahun hadapan masih lagi ada promosi atau tidak. Ermmm... bergantung pada harga Biskut Oreo sebenarnya dan juga harga coklat. Tapi saya lebih suka anda booked the date bagi memudahkan saya mendapatkan stok Biskut Oreo. Jika ada yang ingin menempah bermula Januari 2013, saya galakkan anda membuatnya dari sekarang. Di bawah ni adalah promosi terkini untuk Bride 'n' Groom Choc. Just SMS/Call 012-6409523 or email :chocolicious26@yahoo.com.


Harga Promosi:
101 pcs - 500 pcs = RM4.00/pcs
501 pcs and 1000 = RM3.50/pcs
1001 and above = RM3.00/pcs

*Percuma Thank You Tag bagi setiap pembelian 1001 and above.
* Harga coklat di atas adalah termasuk reben dan pembungkusan .
Pemilihan warna adalah atas pilihan pembeli sendiri.
* 70% bayaran deposit diperlukan bagi setiap tempahan dan baki 30% perlu dijelaskan sekurang-kurangnya SEMINGGU SEBELUM penghantaran.
* KOS PENGHANTARAN bergantung kepada berat dan jenis penghantaran.


Tuesday, December 25, 2012

Durian Crepe di Putrajaya



Para penggemar durian, meh la order Durian Crepe a.k.a Bantal Durian. Rasa durian dan creamy custard yang mewah sudah pasti membuat anda teruja.

tempahan dibuka untuk minggu ni. Boleh pick up di Blok C6, Kompleks C atau di Fasa 11, Presint 9, Putrajaya. Buat masa ni takder delivery kecuali untuk order 10 pack ke atas.



Tuesday, December 4, 2012

Penangan Durian Crepe

Alhamdulillah, penangan DC membuatkan saya tak tido malam. Kalau tidur pun setakat 2 jam, pastu bersengkang mata sampai ke pagi untuk menyiapkan order dari customer. Nasib la tak mengantuk mas kat opis. Kalau tak abis la.... Bermula dari minggu lepas minimum order yang diterima adalah 20 pack sehari. Bukannya senang n ak buat DC ni. Kena siapkan custard cream, disejukkan baru adunkan dengan fresh cream. Sejukkan. Pastu, aktiviti goyang inul la pulak. Heh... hehhh... Aktiviti membuat crepe sebenarnya. Bukan setakat lenguh kaki, satu badan rasa macam nak tercabut. Penat wooo berdiri.

Paling best masa melipat crepe. Cuma kena berhati-hati supaya kulit crepe tidak koyak. Isi durian saya gunakan yang fresh sahaja. 


Komen dari customer; membuatkan hati saya kembang berbunga-bunga.... Ramai yang gemarkan gabungan krim yang tidak memuakkan, di samping isi durian segar dan kulit crepe yang nipis bukannya tebal bak kuih ketayap.

Gambar DC memang tak sempat nak disnap. Meh la order. Memang tak menyesal punyalah.

Hubungi Aida - 0126409523. Pickup di Fasa 11, Presint 9 atau kawasan berhampiran/ Blok C6 (office hour). Penghantaran hanya akan dibuat jika pesanan anda 10 pack ke atas.