Saturday, November 27, 2010

Budget Corner

Assalamualaikum...

Ini antara produk di bawah label budget corner..

SET A (2 pcs coklat praline + sushi box )

50 - 100 set = RM1.50/set

101 - 500 set = RM1.30/set

501 - 1000 set = RM1.00/set

1000 & above pcs = RM0.80/set


Set B (2 pcs coklat praline + box)

50 - 100 set = RM2.00/set

101 - 500 set = RM1.80/set

501 - 1000 set = RM1.50/set

1000 & above pcs = RM1.20/set


*Anda boleh memilih warna, corak dan inti yang dikehendaki..

*Harga termasuk riben.

Kepada yang berminat mendapatkan coklat pada harga budget, jangan malu2 untuk email saya di chocolicious26@yahoo.com atau sms 012-6409523

Set coklat : Linot


Set coklat ni saya buatkan khas untuk kawan saya, Linot (erkk! :D). Kiranya sample la ne hehehe~ Untuk coklat saya gunakan almond dan bubble rice sebagai inti manakala utk white coklat saya gunakan rasberry dan manggo puree, utk mengimbangi kemanisan white coklat. Mudah2an coklat saya ini dapat memenuhi selera kawan saya ini :-)

Friday, November 26, 2010

Tempahan Lolichoc - Kak Sue

Tempahan kali ini diterima dari Kak Suebalqis, Sri Serdang untuk disedekahkan kepada rakan2 sekelas anaknya, Mirul yang menyambut hari lahirnya hari ini (Happy Birthday Mirul). Kak Sue minta saya buatkan 40pcs daisy lolichoc pelbagai warna dan sebiji kek berlukiskan ultraman (menggigil tangan dibuatnya huhuhu). Buat Kak Sue terima kasih banyak2 ye dan mudah2an berpuas hati dengan coklat ini..

Monday, November 22, 2010

Tempahan Coklat Oreo : Puan Siti

Tempahan ini pula diterima dari Puan Siti sebagai door gift buat teman2 rapat majlis perkawinan anaknya. Puan Siti request 70 pcs coklat oreo dgn 2 colour tema iaitu merah dan kuning..Alhamdulillah, inilah hasilnya dan buat Puan Siti mudah2an berpuas hati dengan coklat ini...


* Harga untuk sebiji ladybug ini adalah RM2.50 memandangkan saiznya yang lebih besar dan lebih tebal berbanding coklat oreo bersaiz biasa. Kepada sesiapa yang berminat, jangan malu2 untuk sms atau email saya ;-)

Tempahan Coklat Praline : Lin

Alhamdulillah, tempahan kali ini diterima dari Lin untuk dijadikan sebagai hantaran bagi majlis perkawinannya. Lin request nakkan coklat praline berbentuk ros dan pilihan warna adalah warna2 terang seperti merah dan kuning walaupun tema majlis adalah merah dan hitam. So inilah hasilnya, 35 pcs coklat ros berintikan badam..Terima kasih buat Lin untuk order ini dan mudah2an berpuas hati..


Monday, November 15, 2010

Tempahan lolichoc - Pelbagai


200 pcs lolichoc ne ditempah oleh adzlin untuk disedekahkan kepada kanak2..Alhamdulillah, berjaya siapkan dalam masa satu hari dan terima kasih untuk tempahan ini...


Ok, yang ini pulak tempahan dari pelanggan tetap saya student SMPP..macam2 bentuk based on request adik2 ini..4 pcs coklat oreo dan 15 pcs coklat lolichoc

Set coklat : Suhana

Gambar sangat tak cantik sebab saya takde mood nak pegang kamera :D Oh ok, set coklat ne khas untuk Suhana aka Nenas teman gosip saya di forum hehehe~ Sengaja saya gunakan tema color putih-coklat sebab warna tu seolah2 misteri sebagai mewakili diri saya yang ala2 misterila bab kata Nenas ehehehe...

Thursday, November 11, 2010

Tempahan Coklat Praline - Lin


Tempahan ini diterima dari Lin yang akan bertukar ke Seremban untuk diberikan kepada opismatenya. Lin minta saya buatkan 2 pcs coklat praline, 15 set kesemuanya. Bentuk tak kisah katanya. Jadi saya buatkan bentuk strawberry dengan filling strawberry dan sebiji lagi coklat berintikan rasberry kering. Mudah2an semuanya akan berpuas hati dengan rasa coklat ini :-)

Inti strawberry yang saya gunakan...

Lagi tempahan dari student SMPP


Lagi tempahan dari student SMPP, kiranya derang ne dah jadi pelanggan tetapla..hehehe~ Tempahan ini saya terima pada 9hb, 7 pcs coklat oreo dan 26 pcs lolichoc pelbagai saiz..

Yang ne pulak tempahan untuk hari ini, 20 pcs lolichoc..Alhamdulillah dan terima kasih buat adik-adik kerana sudi menempah :-)

Tuesday, November 9, 2010

Tempahan coklat~Student SMPP

Alhamdulillah, kiranya ini repeat order dari pelajar2 SMPP...30 pcs lolichoc pelbagai bentuk dan saiz dan 12 pcs coklat oreo... Terima kasih kerana menempah dengan chocolattehouse.


Tuesday, November 2, 2010

Set coklat : Sha

Coklat praline ini saya buat khas untuk Sha. I'Allah petang nie balik dari library akan terus hantar ke depan pintu rumah Sha di Bt Caves (kot?) :D.. Saya gunakan pelbagai inti untuk coklat ini, yam, kopi dan strawberry flavour serta rasberry kering. Mudah2an Sha akan berpuas hati dengan coklat ini, dan selamat menikmati (in advance) la yekkk.. :D

* Alhamdulillah, Sha berpuas hati dgn rasanya siap buka entry khas lagi tu..hehehe~kalo nak baca jom singgah kat sini komen

Tempahan Coklat Oreo

Coklat oreo ini juga ditempah oleh pelajar2 1k, berjumlah 20 pcs kesemuanya..masing2 minta saya susunkan huruf2, berbentuk love dan plain..Inilah hasilnya, masing2 dibentuk mengikut apa yang mereka inginkan..Terima kasih ye adik2, lain kali orderlah lagi... ;-)

Tempahan Lolichoc


Tempahan kali ini diterima dari pelajar2 kelas 1K, SMK Putra Perdana...7 pcs rose lolichoc dan 11 pcs lolichoc bersaiz L dengan tema bunga2an dan matahari. Pilihan white coklat, dark dan milk coklat...Alhamdulillah, terima kasih kerana menempah dan mudah2an berpuas hati dengan coklat yang disediakan.

Monday, November 1, 2010

Order dari Ika

15 pcs coklat orea & 15 pcs lolichoc pelbagai bentuk, warna dan perisa ditempah oleh kawan2 Ika...Mudah2an berpuas hati dengan coklat ini dan terima kasih kerana menempah dengan Chocolattehouse..