Friday, December 31, 2010

Oreo Truffle

Oreo Truffle ini merupakan produk terbaru Chocolattehouse. Diperbuat daripada campuran oreo dan cheese dan kemudiannya disalut dengan coklat compound serta disalut dengan serbuk oreo dan badam. Rasai keenakan kombinasi oreo dan cheese. Untuk maklumat mengenai harga oreo truffle ini jangan malu2 untuk call/sms 013-3593423 atau email chocolicious26@yahoo.com

Tempahan Coklat : Mien

Alhamdulillah. Tempahan 25pcs coklat praline ini saya terima dari Mein, Putrajaya. Sepatutnya saya hantar ke opis tghari ini tetapi tiba2 pulak public holiday so coklat ini dihantar terus ke rumah Mein juga di Putrajaya. Untuk coklat kali ini saya gunakan inti perasa yam, kopi, strawberry dan almond. Buat Mien mudah2an berpuas hati dengan coklat ini dan terima kasih banyak2nya for ur support :-)




Thursday, December 30, 2010

Tempahan Coklat : Puan Ros

Alhamdulillah. Tempahan kali ini saya terima dari Puan Ros, Putrajaya untuk majlis akhir tahun anaknya. Beliau request 100 pcs lolichoc campuran bentuk bunga dan oreo. Untuk Puan Ros terima kasih dari Chocolattehouse dan mudah2an berpuas hati dengan coklat ini....

Monday, December 27, 2010

Tempahan Coklat : CM

Alhamdulillah. Tempahan 12pcs coklat praline ne saya terima dari CM khas sempena birthday husbandnya (saya tak sure bila). CM kata kat saya tak kisah macam mana pun, love kaler merah pun ok, tapi saya tukarla sikit, separuh kaler merah (100% white choc) dan sparuh lagi milk coklat berintikan badam..Buat CM, mudah2an berpuas hati dgn choc ini dan terima kasih ye... ;-)

Thursday, December 23, 2010

Tempahan Coklat : Nor

Alhamdulillah. Tempahan coklat praline ne saya terima dari Nor, Kelantan untuk kawannya Muaz yang berada di Putrajaya. Nor request 12pcs coklat praline pelbagai bentuk dan perisa dan yang paling penting nak kaler yang terang..Tu dia, rasanya dah habis terang dah kot kaler yang saya gunakan :D Buat Nor, terima kasih ye..Harap sgt Nor puas hati dengan coklat ini dan si dia happy dgn hadiah ini ;-)

Tempahan Coklat : Husna

Tempahan kali ini saya terima dari Husna, Kuantan. Husna request 100 set coklat praline (budget corner) sempena majlis pertunangan beliau yang akan berlangsung hujung minggu ini. Husna request love utk white coklat manakala utk milk coklat husna serahkan pada saya nak buat bentuk macam mana. Asalnya saya nak buatkan bentuk rose tapi macam tak cunla pulak hehehe so saya tukar ke acuan 4 segi. Memandangkan tema majlis pertunangan beliau adalah pink saya saya lorekkan coklat warna pink atas love at least takdelah nampak kosong sangat. Untuk tagging pula, Husna request saya buatkan "Majlis Pertunangan Ruzainy & Husna". Untuk tagging, tambahan RM0.20 dikenakan. Buat Husna, terima kasih banyak2 kerana memilih chocolattehouse dan moga berpuas hati dengan coklat ini ye. Oh ye lupa pulak tahniah ye Husna dan "Selamat Bertunang" :-)


Tuesday, December 21, 2010

Tempahan Coklat Praline : Sha

Repeat order dari Sha..Cuma kali ini Sha request bentuk rose pulak hehehe...50 pcs coklat praline kosong dan 25pcs coklat praline berintikan strawberry, kopi, badam dan plain utk diposkan ke Ipoh. Buat Sha, mudah2an berpuas hati ye, terima kasih byk2 utk sokongan yang diberi dan yang paling penting lain kali order lagi tau :D

Monday, December 20, 2010

Tempahan Coklat Praline : Sahara


500 pcs set coklat praline ne (budget corner) diterima dari Sahara as a door gift utk majlis perkawinannya... Kaler Sahara yang tentukan, hijau ditengah dan keliling kuning utk rose manakala utk milk coklat Sahara request kaler pink di atasnya...Hasilnya seperti dalam gambarla :-) Berpeluh nak siapkan, dan Alhamdulillah berjaya juga disiapkan mengikut tarikh yang dikehendaki. Buat Sahara, Selamat Pengantin Baru..Moga berbahagia hingga ke akhir hayat dan mudah2an berpuas hati ye dengan coklat nie :-)

Tempahan Coklat : Kawan Wawa

60pcs lolichoc ini diterima dari kawan Wawa yang berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara. Katanya sebagai door gift utk majlis pertunangan. Majlis pertunangan sapa saya tak pasti pula..Apa pun terima kasih dari Chocolattehouse dan mudah2an berpuashati dengan lolichoc ini.

Tempahan Coklat : Liana dan Su

I'm back!! :D

Wahhh dah bersawang sungguh blog saya nie...Bukan takde keinginan nak update tapi masa tidak mengizinkan, macam2 yang kena settlekan sepanjang pertapaan saya nie ;-) Walaubagaimanapun, apa yang jadi semuanya saya simpan kemas2 dalam kamera saya nie, mudah2an bila ada masa dapatla saya update blog saya ne kui3...

Ok, tempahan 9 pcs coklat praline ini saya terima dari Ili dan Su...Ili ne dari JB minta saya buatkan khas utk buah hatinya yang berada di PJ..selain daripada 9pcs coklat praline, Ili juga request 6 pcs coklat orea dan 2 pcs LOVE lolichoc (lupa lak nak snap gambar loli ne). Manakala Su dari Klang pula pada asalnya minta saya buatkan 9pcs coklat praline utk geng2 beliau.. Mudah2an semuanya berpuas hati (saya lupa lak pulak bila tarikh penghantrannya) dan terima kasih banyak2 dari Chocolattehouse...
Dari Ili khas buat Mas...Ili request design yang sama seperti tempahan sebelum ini...

Tempahan dari Su..Su request utk letakkan nama kawan2nya atas choc..

Thursday, December 2, 2010

Tempahan Coklat Praline : Sha

50 biji coklat praline ini ditempah oleh Sha. Ini kali kedua saya berurusan dengan Sha dan kalo nak tau template blog saya ini hasil kerja tangan Sha lah...Pada sapa2 yang teringin nak tukar template yang beridentitikan diri sendiri bolehla singgah ke blog Sha ye, request je nak yg macam mana, Sha pasti boleh lakukan hihihi...Oh ok, kembali kepada citer asal hehehe, Sha request 50 biji coklat praline kosong~maksudnya tiada inti dan tiada kaler, katanya khas untuk anaknya Khalis (jenuhla nak habiskan ehehehe). Buat Sha, terima kasih banyak2 for your support, dan mudah2an Sha berpuas hati ye dengan coklat nie..I'Allah kalo ada rezeki nanti kita 'berurusniaga' lagi ye ;-)

Kepada sapa2 yang berminat dengan coklat praline seperti di atas jangan segan2 untuk hubungi saya ye di chocolicious26@yahoo.com @ 013-3593423/ 012-6409523

Tempahan Coklat Praline : Yani

Tempahan 9 cav coklat praline ini diterima dari Yani, Kota Bahru..Yani request nak 'hati' warna merah dan tulisan warna putih untuk dihadiahkan kepada 'buah hatinya' hehehe..Inilah hasilnya, mudah2an Yani akan berpuas hati dengan coklat ini dan terima kasih banyak2 dari chocolattehouse..

Tempahan Coklat Oreo : Kak Sue

Alhamdulillah. Ini tempahan kali kedua yang diterima dari Kak Suebalqis. Kak Sue request sebiji oreo cheesecake (mesti warna pink huhuhu) dan 11 biji coklat oreo~lady bugs untuk celebrate birthday anaknya yang ke-2. Terima kasih byk2 buat kak sue dan mudah2an keduanya ini telah memenuhi citarasa Kak Sue ye :-)