Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Saturday, June 6, 2015

Tempahan Biskut Raya 2015 Dibuka

Cookies Raya 2015

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelma, Chocolattehouse membuka tempahan coklat. Jadikan coklat juadah untuk tetamu anda di Hari Raya. Juga sesuai sebagai hamper di bulan Ramadhan mengikut budget anda.


* Senarai Hamper Ramadhan dan Aidilfitri akan diupdate kemudian ;)

Homemade biskut raya juga dibuka untuk tempahan. Semuanya disediakan oleh saya sendiri termasuk inti Tat Nenas.

a) Almond London - RM25/50pcs (1pcs alamond ya..)

b) Tart Nenas  - RM25/50pcs

c) Tart Nenas Cheese - RM28/50pcs

d) Bangkit Cheese - RM25/50pcs

e) Orange Choc Chip - RM25/50pcs

f) Choc Chip Cookies - RM25/50pcs

Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar biskut raya kami, silalah Whatsapp 018-3594643. Insyaallah harga yang kami berikan mampu memberi pulangan buat anda.

Wednesday, August 7, 2013

Tempahan Biskut dan Hamper Raya Sempena Aidilfitri/Open House 2013

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelma, Chocolattehouse membuka tempahan coklat. Jadikan coklat juadah untuk tetamu anda di Hari Raya. Juga sesuai sebagai hamper di bulan Ramadhan mengikut budget anda.

* Senarai Hamper Ramadhan dan Aidilfitri akan diupdate kemudian ;)

Homemade biskut raya juga dibuka untuk tempahan. Semuanya disediakan oleh saya sendiri termasuk inti Tat Nenas.

a) Almond London - RM25/50pcs (1pcs alamond ya..)

b) Tat Nenas  - RM25/50pcs

c) Bangkit Cheese - RM25/50pcs

d) Orange Choc Chip - RM25/50pcs

e) Choc Chip Cookies - RM25/50pcs



Untuk Sample/Testing: Call/SMS 012-6409523
Self collect sample/testing boleh di buat di Putrajaya atau Bangi.

Penghantaran/Self Collect : 1 minggu sebelum Raya.

Setiap pengesahan tempahan yang dibuat, 50% deposit diperlukan.

Tuesday, October 9, 2012

Biskut Raya Aidilfitri 2012








Maaf ya. Baru sekarang baru nak up date. Baru jumpa di mana letaknya gambar-gambar ni. Terima kasih pada yg sudi order. Insyaallah tahun depan akan dipertingkatkan lagi. Ini hanya sebahagian yg sempat di snap. 

Thursday, July 19, 2012

Tempahan dan Sampel Biskut Raya



Walaupun puasa belum bermula saya telah menerima tempahan biskut raya. Hmmmm.... ikutkan saja. 3 balang Tat Nenas Gulung - Kak Lin, 1 balang Tat Nenas Gulung & Bangkit Cheese - Masya dan 1 balang Tat Nenas Gulung - Kak Nurul. Kak Nurul siap promote kat opisnya di Kementerian Kesihatan. Terima kasih daun keladi, orderlah lagi ;P...

Di atas tu adalah sample kuih untuk Niza dan Kak Nora. Paling banyak menerima tempahan adalah Almond London, Tat Nenas Gulung dan Bangkit Cheese. Bangkit Cheese ni sebenarnya saja-saja buat, biskut orang2 lama yang dimodenkan ;) tak sangka lak dapat sambutan. Rasanya lemak2 masin dan rangup, bukan masin garam tapi cheedar cheese tau...

Monday, June 4, 2012

Almond London - Saida


Pada sesiapa yang berminat silalah call/sms 012-6409523.

Tuesday, September 6, 2011

Biskut Raya



Last order and last delivery biskut raya untuk tahun ni. Order 6 balang tart nenas gulung dari opismate, Kak Lin. Boleh dikatakan Kak Lin dah order hampir 12 balang tart nenas gulung ni sejak awal Ramadhan lagi. Alhamdulillah, tart nenas gulung juga jadi hot item biskut raya untuk 2011. So pada yg nak rasa tart ni boleh order bila2 masa. Min. order 2 balang.

Biskut2 raya yang lain memang tak sempat nak di snap, dah selamat diterima pada sesiapa yang order. Insyaallah tahun hadapan akan ditambah 2 @ 3 jenis biskut lagi. Kepada semua, terima kasih dan silalah beri komen supaya boleh di tambah baik pada masa akan datang.

Monday, August 15, 2011

Tempahan Homemade Coklat dan Biskut Raya 2011....

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelma, Chocolattehouse membuka tempahan coklat. Jadikan coklat juadah untuk tetamu anda di Hari Raya. Juga sesuai sebagai hamper di bulan Ramadhan mengikut budget anda.

a) Coklat Couverture (Gred A) - RM45 (50pcs)
b) Coklat Compound (Gred B) - RM35 (50pcs)

Filling : Almond, Gajus, Hazelnut, Strawberry, Mango, Oreo, Rasberry, Orange, Mint, Dark Orange Choc, dan juga boleh request any filling.


Selain coklat, homemade biskut raya juga dibuka untuk tempahan.

a) Almond London - RM25/50pcs
(1 pcs almond without skin)
b) Tat Gulung Nenas - RM22/50pcs

c) Semperit - RM20/50pcs

d) Semperit Badam - RM20/50pcs

e) Biskut Nestum - RM20/50pcs

* Gambar biskut akan diupload ya...


Untuk Sample/Testing: Call/SMS 012-6409523
Self collect sample/testing boleh di buat di Putrajaya atau Bangi.

Penghantaran/Self Collect : 1 minggu sebelum Raya.

Setiap pengesahan tempahan yang dibuat, 50% deposit diperlukan.

Bersempena Ramadhan yang mulia, setiap 10% dari pembelian anda akan didermakan ke Nasyrah Child Care Centre untuk "Projek Skrin Besar".




Thursday, July 28, 2011

Biskut Raya ke Seberang Laut China Selatan Jer..


Tempahan 1 bekas Almond London dan 1 bekas Tat Nenas Gulung kali ini jauh terbangnya. Nun ke Miri, Sarawak. Ratina namanya. Dah siap packing baru sedar gambar tak snap. Ambil jer yang dah siap di packing. Saya balut dengan bubble wrapped. Tak berani sebenarnya nak poskan biskut sampai ke seberang laut walau Laut China Selatan, tapi Ratina tetap nak cuba. Kepada Ratina, sila maklumkan pada saya keadaan biskut tu nanti yer...

sms dari Ratina 3:01pm 29/07/2011 : Salam kak. baru jer smpi biskut tu. nampaknya tat nenas tak boleh masuk sarawak (betul cakap akak sampai rumah ada yang dah hampir jadi tepung, agaknya mabuk dalam cargo tu) takpelah untuk makan sendiri je. almond london kalau hantar gi london pun gerenti gud condition. apa2 pun kedua2nya sedap.

Tempahan Biskut Raya


Tempahan 1 bekas Almond London, 2 bekas Tat Nenas Gulung dan 2 bekas Samperit dari Rina, opismate yang akan dibawa pulang ke Terengganu Jumaat ni. ni nak bagi kat mak mertua katanya. Dalam gambar hanya ada 1 jer samperit coz 1 bekas petang baru sempat hantar. Sampai ada yang tanya tak buat coklat lagi ke. Sebenarnya coklat masih lagi on cuma mood beraya dari customer tu yang keluar gambar biskut je sekarang ni. Terima kasih Rina...

Saturday, July 23, 2011

Tempahan Biskut Raya - Almond London

Blog coklat telah bertukar menjadi blog biskut raya lak.. Tapi semestinya masih berasaskan coklat. Tempahan kali Almond London ke-3 dari opismate, Kak Lia untuk makan2. Katanya tak sampai 2 hari dah habis... Nampaknya Kak Lia kena order lagi la... Thanks Kak Lia.

Tuesday, July 19, 2011

Tempahan Tat Nenas


Tempahan minggu lepas, baru nak upload minggu ni... Mencari ke mana hilangnya pendrive yang tak dapat dikesan. Semua gambar tempahan dan kelas pertama homemade coklat ada dalam pendrive tu... Takper la, mungkin rezeki....

Thanks to Anna dari Putrajaya yang sudi belajar coklat dengan Chocolattehouse..... Maaflah tak dapat nak upload gambar ;(

Tat nenas sebanyak 9 bekas diorder oleh officemate saya untuk makan2. Tak sangka laku gak tat nenas ni sebelum raya. Hanya sempat snap 1 bekas jer tat nenas coz yang lain dah diambil oleh empunya. Untuk officemate2 yang menempah tat nenas, terima kasih banyak2...