Monday, December 31, 2012

Sedikit Pengumuman Untuk Bride n Groom ;)



Hi semua. Dah lama rasanya tak up date blog ni. Ada banyak picca order yang nak di publishkan tapi belum berkesempatan lagi.... 

Ada yang bertanya kepada saya tentang promosi Coklat Oreo. Adakah tahun hadapan masih lagi ada promosi atau tidak. Ermmm... bergantung pada harga Biskut Oreo sebenarnya dan juga harga coklat. Tapi saya lebih suka anda booked the date bagi memudahkan saya mendapatkan stok Biskut Oreo. Jika ada yang ingin menempah bermula Januari 2013, saya galakkan anda membuatnya dari sekarang. Di bawah ni adalah promosi terkini untuk Bride 'n' Groom Choc. Just SMS/Call 012-6409523 or email :chocolicious26@yahoo.com.


Harga Promosi:
101 pcs - 500 pcs = RM4.00/pcs
501 pcs and 1000 = RM3.50/pcs
1001 and above = RM3.00/pcs

*Percuma Thank You Tag bagi setiap pembelian 1001 and above.
* Harga coklat di atas adalah termasuk reben dan pembungkusan .
Pemilihan warna adalah atas pilihan pembeli sendiri.
* 70% bayaran deposit diperlukan bagi setiap tempahan dan baki 30% perlu dijelaskan sekurang-kurangnya SEMINGGU SEBELUM penghantaran.
* KOS PENGHANTARAN bergantung kepada berat dan jenis penghantaran.


Tuesday, December 25, 2012

Durian Crepe di Putrajaya



Para penggemar durian, meh la order Durian Crepe a.k.a Bantal Durian. Rasa durian dan creamy custard yang mewah sudah pasti membuat anda teruja.

tempahan dibuka untuk minggu ni. Boleh pick up di Blok C6, Kompleks C atau di Fasa 11, Presint 9, Putrajaya. Buat masa ni takder delivery kecuali untuk order 10 pack ke atas.



Tuesday, December 4, 2012

Penangan Durian Crepe

Alhamdulillah, penangan DC membuatkan saya tak tido malam. Kalau tidur pun setakat 2 jam, pastu bersengkang mata sampai ke pagi untuk menyiapkan order dari customer. Nasib la tak mengantuk mas kat opis. Kalau tak abis la.... Bermula dari minggu lepas minimum order yang diterima adalah 20 pack sehari. Bukannya senang n ak buat DC ni. Kena siapkan custard cream, disejukkan baru adunkan dengan fresh cream. Sejukkan. Pastu, aktiviti goyang inul la pulak. Heh... hehhh... Aktiviti membuat crepe sebenarnya. Bukan setakat lenguh kaki, satu badan rasa macam nak tercabut. Penat wooo berdiri.

Paling best masa melipat crepe. Cuma kena berhati-hati supaya kulit crepe tidak koyak. Isi durian saya gunakan yang fresh sahaja. 


Komen dari customer; membuatkan hati saya kembang berbunga-bunga.... Ramai yang gemarkan gabungan krim yang tidak memuakkan, di samping isi durian segar dan kulit crepe yang nipis bukannya tebal bak kuih ketayap.

Gambar DC memang tak sempat nak disnap. Meh la order. Memang tak menyesal punyalah.

Hubungi Aida - 0126409523. Pickup di Fasa 11, Presint 9 atau kawasan berhampiran/ Blok C6 (office hour). Penghantaran hanya akan dibuat jika pesanan anda 10 pack ke atas.


Wednesday, October 10, 2012

Oreo Ladybug - Kuala Terengganu



Italian Rainbow Frosting With Cream Cheese - Mala


Promosi Coklat Oreo


Maaf ya, terlupa nama customer yang order ni. Promosi Coklat Oreo masih lagi berjalan. Untuk order boleh email @ chocolicious26@yahoo.com. Boleh juga Call/SMS 012-6409523.

Red Velvet - Asiah


New Produk - Lasagna



Produk terbaru di CH. Meat Lasagna dan Chicken Lasagna. Alhamdulillah, mendapat sambutan. Bagi peminat cheese, memang patut beli. Terdapat 3 saiz iaitu S, M & L. Harga bagi S@Mini RM 5.00, M @ RM 15.00 dan L @ RM 60. Pada sesiapa yang nak order boleh call/SMS 012-6409523. Boleh dibawa sebagai buah tangan untuk keluarga.

Pavlova Again


Pavlova - Kak Sue KKM


Pavlova - Kak Sue KKM



Pavlova - Wanie, Putrajaya


25pcs praline - Farah


Order dari Farah sempena majlis pertunangan adiknya. Thanks Farah.

Chocolate Cupcake With Edible Image - Fiza, Presint 11


Order dari Fiza. Kali ni untuk birthday anaknya pula. Terima kasih ya.

Cheese Cake - Fiza, Presint 11


Order dari Fiza sempena birthday suaminya. nak tema golf. Hanya ini jer termampu dibuat. Thanks Fiza

Tuesday, October 9, 2012

Pavlova - Kak Sue KKM


Apam Polkadot



Tempahan dari Kak Marina, Min & Ratina. Hanya ni jer yang sempat di snap. Tak terkejor dibuatnya. Terima kasih atas order anda semua.

Biskut Raya Aidilfitri 2012








Maaf ya. Baru sekarang baru nak up date. Baru jumpa di mana letaknya gambar-gambar ni. Terima kasih pada yg sudi order. Insyaallah tahun depan akan dipertingkatkan lagi. Ini hanya sebahagian yg sempat di snap. 

Wednesday, September 26, 2012

Tempahan Sempena Hari Raya Aidiladha 2012....


Makluman untuk semua. Maka dengan itu saya membuka semula order biskut raya untuk hari Raya Aidilahda. Cuma tempahan adalah terhad ya.

Homemade biskut raya juga dibuka untuk tempahan. Semuanya disediakan oleh saya sendiri termasuk inti Tat Nenas.

a) Almond London - RM25/50pcs (1pcs alamond ya..)

b) Tat Nenas  - RM25/50pcs

c) Choc Chip Cookies - RM23/50pcs

Untuk Sample/Testing: Call/SMS 012-6409523
Self collect sample/testing boleh di buat di Putrajaya atau Bangi.

Wednesday, September 19, 2012

Choc Chip Cookies

Order dari warga KeTTHA lagi... 

Choc Chip Cookies

Order dari staff di KeTTHA. Jangan lupa order lagi ya.. Untuk makluman order CCC ni dibuka sepanjang masa.

Choc Chip Cookies ;)



Hi semua.... Lamanya dah update order2 di sini. Nak perkenalkan produk baru di CH. Oh yeah... Choc Chip Cookies. Dari komen-komen tester yang diberi, semua suka cookies ni. Siap ada yang kata ala2 Famous Amos... Ni bukan saya yang kata tapi orang yang kata ya... Alhamdulillah, dah pun diorder oleh mereka peminat Choc Chip Cookies ni. 

Harga CCC ni 50pcs/RM23. Berbaloi rasanya dengan rasa coklat, badam, choc chip dan butter. Pada sesiapa yang nak order boleh call/SMS 012-6409523 or email: chocolicious26@yahoo.com. 

CH juga akan perkenalkan Cookies In Jar. Sesuai untuk doorgift apa jua majlis... Tunggu ya...


Thursday, August 30, 2012

Tempahan Biskut Raya Masih Dibuka ;)


Ada yang call/sms bertanyakan sama ada masih menerima tempahan. Maka dengan itu saya membuka semula order biskut raya. Pada sesiapa yang dah kehabisan cookies untuk open house atau sekadar untuk kudapan meh la order...

Homemade biskut raya juga dibuka untuk tempahan. Semuanya disediakan oleh saya sendiri termasuk inti Tat Nenas.

a) Almond London - RM25/50pcs (1pcs alamond ya..)

b) Tat Nenas  - RM23/50pcs

c) Snow Almond - RM23/50pcs

d) Oreo Cookies - RM23/50pcs

e) Semperit - RM22/50pcs

f) Coklat Chip - RM22/50pcs

Untuk Sample/Testing: Call/SMS 012-6409523
Self collect sample/testing boleh di buat di Putrajaya atau Bangi.

Thursday, July 19, 2012

Sampel Coklat Oreo - Rohayu

Red Velvet Kembali...



Order dari Yanti untuk anaknya Amin dan lagi satu untuk anak tuan tanah Umairah...

Mini Pavlova - Saida & Kak Jue


Mini Pavlova - Kak Nurul


Tempahan dan Sampel Biskut Raya



Walaupun puasa belum bermula saya telah menerima tempahan biskut raya. Hmmmm.... ikutkan saja. 3 balang Tat Nenas Gulung - Kak Lin, 1 balang Tat Nenas Gulung & Bangkit Cheese - Masya dan 1 balang Tat Nenas Gulung - Kak Nurul. Kak Nurul siap promote kat opisnya di Kementerian Kesihatan. Terima kasih daun keladi, orderlah lagi ;P...

Di atas tu adalah sample kuih untuk Niza dan Kak Nora. Paling banyak menerima tempahan adalah Almond London, Tat Nenas Gulung dan Bangkit Cheese. Bangkit Cheese ni sebenarnya saja-saja buat, biskut orang2 lama yang dimodenkan ;) tak sangka lak dapat sambutan. Rasanya lemak2 masin dan rangup, bukan masin garam tapi cheedar cheese tau...

Wednesday, July 11, 2012

Order n Pertanyaan

Hi Choco Lovers di luar sana...

Untuk sebarang pertanyaan, order dan apa saja ttg coklat, kek, pavlova, biskut raya plzzzz email or call or SMS at 012-6409523. Thanks .....

Tuesday, July 10, 2012

Mini Pavlova - Saida

Order dari repeat customer, Saida, hanya nak buah strawberry jer. Thanks ya...

Monday, July 9, 2012

Teddy Lolychoc by Nurul

Italian Rainbow Cake n Teddy Lolychoc by Nurul


1 recipe @ 8" - Italian Rainbow Cake + Cream Cheese + Edible Image + Cream Cheese Deco
2.5kg
RM150

Thursday, July 5, 2012

Vanila Cake With Italian Buttercream


Pertama kali mencuba Italian Buttercream.... Cuma gula tu terlebih masak sampai berketul. Boleh diperbaiki lagi. Dari segi rasa mmg sedap.

Set Oreo - Asiah

Monday, June 25, 2012